“……ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan redhaMu, tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan, dan lontarkan diriku
Bersama mereka…yang di dalam kemurkaanMu
Kan ku kembali kepadaMu Tuhan
Yang Menciptakan”
Lirik kepada chorus lagu ‘Ku MilikMu’ dendangan Azhan Atan, juara Akademi Nasyid 2008, amat memberi kesan kepada diri saya. Ia bisa menyebabkan air mata mengalir kerana saya sedar akan tanggungjawab berat yang sedang dipikul dan bakal digalas untuk memimpin iluvislam dan membawanya ke satu tahap yang lebih baik tahun ini.
Namun siapalah saya untuk mundur ke belakang jika dibandingkan dengan kekasih Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Meminjam kata-kata CEO Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) , Dato’ Hussamuddin Yaacub, ‘a fighter is always a fighter.’
Tahun 2009 merupakan tahun yang amat bermakna buat iluvislam. iluvislam berkembang dengan hebat. Krew bertambah dari kurang 100 orang kepada lebih 200 orang ketika ini. Ahli berdaftar pula meningkat dari hampir 30 000 kepada 80 000. Hal ini bermakna, tahun ini sahaja, 50 000 ahli baru mendaftar. Saya yakin masih ramai yang belum mendaftar sebagai ahli walaupun mereka melayari iluvislam. Hal ini kerana sesiapa boleh memanfaatkan iluvislam walaupun mereka tidak menjadi ahli; tidak seperti Facebook.
Sebenarnya iluvislam bukan sahaja bergerak di alam maya. Sejak 2007 lagi, kami telah menganjurkan aktiviti alam realiti di United Kingdom. Program pertama adalah iluvislam Goes to Glasgow(IGTG). IGTG kemudiannya ditukar nama kepada Fun With iluvislam’s Youth Overseas (FUIYO).
Namun hanya bermula tahun lepas(2009), iluvislam mula melibatkan diri dalam aktiviti alam realiti di Malaysia. Bermula dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (gathering krew iluvislam), iluvislam telah terlibat dan menganjurkan lebih 20 aktiviti alam realiti. Antaranya adalah Kempen Barakah di Malaysia Airline System (MAS), Back 2 Basics (B2b), Dialog Krew (DK), ESQ Training iluvislam dan lain-lain lagi. Walaupun pelbagai aktiviti dianjurkan dan disertai bersama, pihak pengurusan masih meletakkan prioriti iluvislam kepada aktiviti di alam maya.
Pada 29 April 2009, lawatan sambil belajar barisan krew iluvislam ke Karangkraf meninggalkan kenangan yang sangat manis. Hal ini kerana Dato’ Hussamuddin telah memutuskan untuk mengambil iluvislam sebagai anak angkat KKSB. Dengan itu bermulalah pelbagai kerjasama yang dijalinkan di antara iluvislam dan KKSB. Hasrat Dato’ untuk memanfaatkan kekuatan KKSB dalam bidang percetakan demi menyebarkan Islam dan menjulang nama iluvislam, telah diterjemahkan melalui pelancaran akhbar majalah mingguan iluvislam edisi pengenalan pada penghujung November lepas. InsyaAllah edisi pertama tabloid tersebut akan mula berada di pasaran pertengahan bulan ini dan ia akan diterbitkan setiap minggu.
Sejajar dengan perkembangan iluvislam, pihak pengurusan iluvislam telah melihat semula misi dan visi kami. Hasil penelitian, kajian dan perbincangan bersama co-founders, kini iluvislam memperkemaskan lagi hala tujunya seperti di bawah. Kami turut menggariskan 8 nilai utama(core values) yang perlu diamalkan oleh iluvislam sebagai sebuah organisasi dan perlu disematkan dalam diri setiap krew iluvislam.
Vision
To Be The World’s Leading Islamic Media of Choice
Mission Statement
1. Enriching technology to instill love for Islam
2. Delivering the best and impactful contents
3. Developing reading and writing culture
4. Providing a platform to encourage everyone to share
5. Striving to be a well-organised, professional, and respectful organization
6. Giving job opportunities for the ummah
Core Values
1. Integrity – calls for honesty and transparency in everything that we do
2. Excellence - achieve organization ambitions with excellence
3. Futuristic – Jannatul Firdaus is our ultimate goal
4. Responsibility - towards our amanah
5. Passionate - we love what we do
6. Unshakeable – in our commitment
7. Competency – skillful and positive characteristics
Hari ini, iluvislam mampu berkembang hasil kerjasama dan sokongan pelbagai pihak. Pihak pengurusan, barisan krew, para pengunjung dan pihak yang menyokong perjuangan iluvislam; semuanya sama penting dalam memantapkan iluvislam.
Maka di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat co-founders, team pengurusan, krew-krew dan pengunjung setia laman web ini. Alhamdulillah, iluvislam mampu pergi jauh kerana anda semua.
Jutaan penghargaan juga kepada ayah angkat iluvislam, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) dan barisan staf KKSB. Banyak ilmu dan pengalaman yang kami pelajari dari kalian semua.
Tidak dilupakan adalah pihak yang menyokong atau pernah bekerjasama dengan kami seperti Al-Ansar Group Sdn. Bhd. , ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. , Nufairshop Sdn. Bhd. , IM Global Sdn. Bhd. , Malaysia Airlines, Zakat Selangor, IKIM.fm , IMAM Ireland, PPIMI Ireland, INSPEN, GAMIS, Rabbani, Muadz, Datin Susi, Datin Zaleha, Puan Suhana, Puan Huda dan lain-lain (maaf kerana tidak dapat menamakan semua pihak). Mohon tidak serik bekerjasama dengan anak-anak muda seperti kami.
Momentum positif perkembangan iluvislam akan saya cuba kekalkan pada tahun 2010. Namun saya yakin bahawa ia hanya akan berjaya melalui perancangan yang rapi dan kerjasama utuh daripada anda semua. Marilah bersama-sama saya membawa iluvislam ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding tahun lepas.
Sempena tahun baru hijrah dan masihi, kita perlu berubah sikap. Jika kita seorang ahli forum yang tidak berdisplin, maka marilah kita berubah untuk menjadi seorang ‘forumer’ yang berdisiplin. Jika kita seorang krew yang culas, maka marilah kita menjadi seorang krew yang rajin dan komited dengan tugasan masing-masing.
Perancangan rapi dan kejayaan yang dikecapi tidak bermakna tanpa redha daripada Allah SWT. Dalam kehidupan ini, berkat merupakan suatu perkara yang amat penting kerana kehidupan di dunia hanya sementara. Dunia sepatutnya menjadi tempat untuk kita bercucuk tanam supaya kita dapat menuai hasilnya di akhirat kelak. Saya amat berharap bahawa usaha saya dan anda semua melalui medium iluvislam diberkati dan dirahmati Allah SWT. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita mampu mengecapi nikmat syurga Fidausi di akhirat nanti melalui rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Benarlah seperti yang dinyanyikan oleh Azhan Atan, sesungguhnya diriku dan dirimu adalah milik mutlak Allah SWT.
Akhir kalam, izinkan saya berbahasa Inggeris :
Go go iluvislam! You can do it!
Together WE make history for OUR ummah.


